Pages

Thursday, March 31, 2011

PASRAH SEGALANYA..

Hari ini..Al Quran berkata-kata kepadaku..
" Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu."
Muhammad:31

" Wahai orang-orang beriman!Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah kamu merosakkan segala amalmu."
Muhammad:33

Sesungguhnya..segala ketentuan Allah itu adalah taqdir dan hikmah yang merupakan rahsiaNya..kita sebagai hambaNya yang daif hanya mampu terus bermujahadah dan berdoa kepadaNya selagimana termampu..untuk itu, pohonlah kekuatan dari Allah..ya Hakim, ya Latif, ya Rahman, ya Rahim..

Pasrah Segalanya

Album :
Munsyid : DeHearty
http://liriknasyid.com


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty) 
WALLAHUALAM..

Wednesday, March 9, 2011

Who Am I??

video

tercari-cari 
aku mencari-cari
identiti diri yang tidak pasti
adakah aku ini pemuja duniawi
yang mencari kebebasan konon abadi
atau sebenarnya hanyalah terlena dibuai mimpi
tanpa sedari diri telah dihanyut arus hawa nafsi

aku mencari-cari
siapakah diri ini
benarkah diri ini pemburu ukhrawi
yang garang di mata duniawi
dalam menegakkan agama ilahi
Allah tuhan kami!
Rasullullah pembimbing kami!
Al Quran pedoman hidup kami!
benarkah itu adalah diri ini?

siangnya mengejar dunia
tapi malamnya bukan untuk kekasihnya
sedangkan mulut mengaku cinta padaNya
rezekiNya dihabiskan sekelip mata
tapi amal ibadah tidak pernah bertambah
sedangkan lidah mengaku bersyukur atas nikmatNya
nikmat yang ada tidak pernah dikira
tapi derita selalu di kata-kata
sedangkan mengaku Dia kasihkan hambaNya..

benarkah aku ini seorang pejuang 
yang hidup hanyalah demi Tuhannya
yang mati demi agamanya
yang beribadah demi redhaNya
yang langkahnya hanyalah demi rahmatNya

benarkah aku seorang umat yang setia
yang sentiasa menunggu detik indah pertemuan dengan nabinya
yang rela berkorban demi perjuangan kekasih hatinya
yang tidak jemu mengamal sunnahnya

siapakah diriku ini..
apakah tujuan aku di sini..
tunjukkanlah jalanku ya robbil izzati
dan pimpinlah aku dari sesatnya ranjau berduri
bukakan untukku pintu jannahtul firdausi
agar bertemu dalam pertemuan yang dinanti.. 

Tuesday, March 8, 2011

Ketentuan Allah..

Selawat dan salam kepada Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..
alhamdullillah,segala puji bagi Allah, sewaktu ana sedang melayari alam siber, ana terjumpa satu blog ini menceritakan tentang taqdir ilahi..intipatinya, kita manusia yg lemah tidak tahu tentang ketentuan yg telah Dia tetapkan..sebagai pendakwah, kadang2 kita terfikir, adakah dakwah kita itu akan tercapai matlamatny dan mampu mengubahnya sedangkan kita sendiri penuh dengan kelemahan dan kekurangan.
Namun begitu, sebagai hambaNya, segala suruhan Dia termasuklah amar makruf nahi mungkar wajib ke atas kita untuk menunaikannya tidak kira muda ataupun tua,miskin atau kaya, pemimpin atau rakyat,ibubapa atau anak dan sebagainya..
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain .


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata“Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpanya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.  

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masihada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

Kata pengarang: saya benarkan anda semua “copy” dan “paste”kan risalah ini untuk disebarkan kepada umum..semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung dan istiqamah dalam bermujahadah dalam diri..

Saturday, March 5, 2011

Assalamualaikum..:)

salam pertemuan, salam perkenalan..
alhamdulillah,pertama kali membuat blog, ana memang agak teruji..:) al maklumlah, orang baru nak belajar guna teknologi nie...memang agak perlahan macam kereta kodok..huhu..

Sekarang,  kalau kite bercerita ttg kereta kodok (bahasa len volkswagen), ana teringat satu kisah yg berkait rapat tentang kereta ini dan situasi insan sekarang..dengarkanlah yup...:)

Pada zaman klu x silap 70-an, kereta kodok sememangny satu kegilaan oleh ramai org terutamany para kaum Adam yg tersangatla giler kereta..ha..nak dijadikan cerita, ade satu kereta kodok nie yg mane diela yg paling tercantik antara byk2 kereta kodok...bodynya yg mrnggiurkan, kulitny yg licin, matany yg bulat seperti bulan purnama, roda yg hitam ikal mayang (??), pendek kate, memang sememangny HEBAT, MANTAP, CEMERLANG GEMILANG, dan TERBILANGla...walaupun kalau dibawa berjalan mmg x setanding dgn porsche..tapi klu nak dibanding, dielah yg paling cute antara byk2 kereta..(mcm over lak..)

Pada suatu hari, si tuan punya kereta pun bawaklah si kodok berjalan2 keliling Kampung Lumpur..konon nak showoff keretany kpd penduduk kampung..sedang syok2 memandu sambil bersiul lagu nasyid, tiba2 si tuan punya kereta ni terpandang ade satu kereta import punya lawa..masyallah..100% lagi HEBAT dari si kodok!! berdesum laju memotong di tepi si kodok sambil menderum tanpa toleh2 ke belakang ladi dah..
si tuan punya kereta nie pun,ape lagi terus memecut bersama2 si kodok yg sememang bukan tandingan si import tadi.

sedang sibuk mengejar si import, si kodok dah x mampu nak menahan rasa penat kerana metabolisme die tersangatla berada dalam keadaan kritikal..sebabny,die sebelum nie x pernah dalam seumur hidup dibawa berlumba seperti sport car yg lain...jadiny, pada satu selekoh yg tajam, si kodok mmg dah smp limitny....
lalu terbabas si kodok ke dalam longkang yg dalam bersama2 tuan punya kereta yg tamak dalam keadaan mengaibkan..
itulah orang dulu2 kate, ibarat buah nangka busuk jatuh ke dalam longkang...
innalillahi wa inna ilahirajuun....

ape yg ana cuba kaitkan cerita ini dengan insan akhir zaman adalah insan di akhir zaman sekarang teramatlah sibuk mengejar harta, pangkat, dan wanita sehinggakan mereka lupa akan satu tanggungjawab dan janji yg mana telah mereka lafaz  sewaktu di alam roh..

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"... [Al-A'raf: 172]
Oleh itu, disebabkan kelalaian insan2 ini dan kealpaan mereka, habislah segala saham yg telah mrk kerjakan yg kononny demi mendapatkan syurga Ilahi..walhal tidak mereka ketahui bahawa segala harta dan pangkat mereka itu tidak berguna di hadapan Tuhan yang Maha Menghakimi hambaNya tanpa bantuan makhluk yg lain. Mereka tidak tahu bahawa di akhirat kelak perkara yang mampu menyelamatkan mereka hanyalah amal dan syafaat Rasullullah..hari di mana umat manusia khuatir tentang taqdir diri masing2 tanpa sempat lagi untuk berfikir mahu mengira wang di dalam bank mahupun perkhabaran kekasih2 lama...

“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi.”
(Surah Al-Munafiquun : ayat 9)

Sebagai salah satu perkogsian dari diri yg penuh kelemahan ini, marilah kita bersama2 berdoa agar tidak kita tergolong di dalam golongan orang2 yg rugi..yang mana di dalam neraka, golongan ini telah di sebut dalam satu hadis nabi di mana mereka akan memukul kepala mereka dengan batu yang besar sehingga pecah dan apabila diganti semula, mereka akan mengulangny tanpa penghujungnya....surah Ali Imran:


إِنَّ الَّذينَ كَفَرُوا لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوالُهُمْ وَ لا أَوْلادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئاً وَ أُولئِكَ أَصْحابُ النَّارِ هُمْ فيها خالِدُونَ (116)
Sesungguhnya orang- orang yang kafir baik harta mereka maupun anak- anak mereka, sekali- kali tidak dapat menolak azab Allah dari mereka sedikit pun. Dan mereka adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. ( 116 )
مَثَلُ ما يُنْفِقُونَ في‏ هذِهِ الْحَياةِ الدُّنْيا كَمَثَلِ ريحٍ فيها صِرٌّ أَصابَتْ حَرْثَ قَوْمٍ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَأَهْلَكَتْهُ وَ ما ظَلَمَهُمُ اللَّهُ وَ لكِنْ أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ (117)
Perumpamaan harta yang mereka nafkahkan di dalam kehidupan dunia ini, adalah seperti perumpamaan angin yang mengandung hawa yang sangat dingin, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri sendiri, lalu angin itu merusaknya. Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.( 117 )



WALLAHUALAM..