Pages

Saturday, March 5, 2011

Assalamualaikum..:)

salam pertemuan, salam perkenalan..
alhamdulillah,pertama kali membuat blog, ana memang agak teruji..:) al maklumlah, orang baru nak belajar guna teknologi nie...memang agak perlahan macam kereta kodok..huhu..

Sekarang,  kalau kite bercerita ttg kereta kodok (bahasa len volkswagen), ana teringat satu kisah yg berkait rapat tentang kereta ini dan situasi insan sekarang..dengarkanlah yup...:)

Pada zaman klu x silap 70-an, kereta kodok sememangny satu kegilaan oleh ramai org terutamany para kaum Adam yg tersangatla giler kereta..ha..nak dijadikan cerita, ade satu kereta kodok nie yg mane diela yg paling tercantik antara byk2 kereta kodok...bodynya yg mrnggiurkan, kulitny yg licin, matany yg bulat seperti bulan purnama, roda yg hitam ikal mayang (??), pendek kate, memang sememangny HEBAT, MANTAP, CEMERLANG GEMILANG, dan TERBILANGla...walaupun kalau dibawa berjalan mmg x setanding dgn porsche..tapi klu nak dibanding, dielah yg paling cute antara byk2 kereta..(mcm over lak..)

Pada suatu hari, si tuan punya kereta pun bawaklah si kodok berjalan2 keliling Kampung Lumpur..konon nak showoff keretany kpd penduduk kampung..sedang syok2 memandu sambil bersiul lagu nasyid, tiba2 si tuan punya kereta ni terpandang ade satu kereta import punya lawa..masyallah..100% lagi HEBAT dari si kodok!! berdesum laju memotong di tepi si kodok sambil menderum tanpa toleh2 ke belakang ladi dah..
si tuan punya kereta nie pun,ape lagi terus memecut bersama2 si kodok yg sememang bukan tandingan si import tadi.

sedang sibuk mengejar si import, si kodok dah x mampu nak menahan rasa penat kerana metabolisme die tersangatla berada dalam keadaan kritikal..sebabny,die sebelum nie x pernah dalam seumur hidup dibawa berlumba seperti sport car yg lain...jadiny, pada satu selekoh yg tajam, si kodok mmg dah smp limitny....
lalu terbabas si kodok ke dalam longkang yg dalam bersama2 tuan punya kereta yg tamak dalam keadaan mengaibkan..
itulah orang dulu2 kate, ibarat buah nangka busuk jatuh ke dalam longkang...
innalillahi wa inna ilahirajuun....

ape yg ana cuba kaitkan cerita ini dengan insan akhir zaman adalah insan di akhir zaman sekarang teramatlah sibuk mengejar harta, pangkat, dan wanita sehinggakan mereka lupa akan satu tanggungjawab dan janji yg mana telah mereka lafaz  sewaktu di alam roh..

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"... [Al-A'raf: 172]
Oleh itu, disebabkan kelalaian insan2 ini dan kealpaan mereka, habislah segala saham yg telah mrk kerjakan yg kononny demi mendapatkan syurga Ilahi..walhal tidak mereka ketahui bahawa segala harta dan pangkat mereka itu tidak berguna di hadapan Tuhan yang Maha Menghakimi hambaNya tanpa bantuan makhluk yg lain. Mereka tidak tahu bahawa di akhirat kelak perkara yang mampu menyelamatkan mereka hanyalah amal dan syafaat Rasullullah..hari di mana umat manusia khuatir tentang taqdir diri masing2 tanpa sempat lagi untuk berfikir mahu mengira wang di dalam bank mahupun perkhabaran kekasih2 lama...

“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi.”
(Surah Al-Munafiquun : ayat 9)

Sebagai salah satu perkogsian dari diri yg penuh kelemahan ini, marilah kita bersama2 berdoa agar tidak kita tergolong di dalam golongan orang2 yg rugi..yang mana di dalam neraka, golongan ini telah di sebut dalam satu hadis nabi di mana mereka akan memukul kepala mereka dengan batu yang besar sehingga pecah dan apabila diganti semula, mereka akan mengulangny tanpa penghujungnya....surah Ali Imran:


إِنَّ الَّذينَ كَفَرُوا لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوالُهُمْ وَ لا أَوْلادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئاً وَ أُولئِكَ أَصْحابُ النَّارِ هُمْ فيها خالِدُونَ (116)
Sesungguhnya orang- orang yang kafir baik harta mereka maupun anak- anak mereka, sekali- kali tidak dapat menolak azab Allah dari mereka sedikit pun. Dan mereka adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. ( 116 )
مَثَلُ ما يُنْفِقُونَ في‏ هذِهِ الْحَياةِ الدُّنْيا كَمَثَلِ ريحٍ فيها صِرٌّ أَصابَتْ حَرْثَ قَوْمٍ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَأَهْلَكَتْهُ وَ ما ظَلَمَهُمُ اللَّهُ وَ لكِنْ أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ (117)
Perumpamaan harta yang mereka nafkahkan di dalam kehidupan dunia ini, adalah seperti perumpamaan angin yang mengandung hawa yang sangat dingin, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri sendiri, lalu angin itu merusaknya. Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.( 117 )



WALLAHUALAM..



No comments:

Post a Comment